Home Berita PAS Selangor

PAS Kapar santuni dua keluarga mangsa kebakaran – PAS Kawasan Kapar

5
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

BUKIT KAPAR, 13 Oktober – YDP PAS Kawasan Kapar, Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh bersama Pimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kapar serta Jabatan Amal dan Briged Muslimat Kapar telah menyantuni dua buah keluarga mangsa kebakaran pada petang semalam di Jalan Iskandar Bukit Kapar.

Dilaporkan bahawa tiada kemalangan yang membawa maut dalam kejadian tersebut dan kedua-dua buah keluarga ketika ditemui dalam keadaan tenang dan redha atas ujian yang dihadapi.

Pihak PAS Kawasan Kapar telah menghulurkan sedikit sumbangan berupa wang ringgit dan barangan keperluan asas kepada kedua-dua buah keluarga yang terlibat. “Moga Allah Yang Maha Kaya akan menggantikan harta yang musnah dengan yang lebih baik”, ujar Ust Noor Najhan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor