Home Rencana PAS Selangor

Gangguan bekalan air di Selangor: JAMNS siap sedia beri bantuan – Pengarah JAMN Selangor

3
SHARE

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

4 Hari Ganguan Bekalan Air di SELANGOR bermula hari ini 13 sehingga 16 Oktober 2021 akan memberi kesan kepada lebih 998 kawasan seluruh lembah klang berpunca daripada kerja penyelengaraan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Sehubungan itu, seluruh anggota Amal Kawasan terlibat telah dikerahkan untuk bersiap sedia membantu masyarakat bagi bantuan agihan bekalan air mentah kepada penduduk di kawasan-kawasan terkesan yang memerlukan.

Seluruh bilik gerakan dan Jentera JAM Kawasan-kawasan telah diarahkan bersedia dan beroperasi mulai hari ini sehingga keadaan kembali pulih. Sebarang permohonan bantuan air mentah daripada kami boleh dibuat melalui WhatsApp ke talian Hotline Khidmat Masyarakat kami 018-3705818.

“InsyaAllah kami cuba bantu selagi mampu”.

13 Oktober 2021 | 6 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor