Home Artikel PAS Perak

Tahniah & Selamat Menjalankan Tugas Sebagai EXCO Kerajaan Negeri Perak

736
SHARE

KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK
13 Sya’aban 1441 / 7 April 2020

TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI EXCO KERAJAAN NEGERI PERAK

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menjunjung kasih, merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas perkenan pembentukan Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Perak yang baharu.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Perak, YAB Dato’Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu di atas kepercayaan memilih dua orang ADUN PAS menganggotai kepimpinan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak.

PAS Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Perak/ADUN Gunong Semanggol, YB Tuan Haji Razman Zakaria yang telah ditaklifkan sebagai [EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil] dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak/ADUN Selama, YB Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin yang telah telah ditaklifkan sebagai [EXCO Agama Islam, Penerangan juga memangku Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau].

Semoga kedua-dua EXCO Kerjaaan Negeri dari PAS ini dipermudahkan Allah SWT dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan serta dapat memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat Perak, InsyaAllah.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”
“PERAK SEJAHTERA”

Sekian, terima kasih.

HAFEZ SABRI
Ketua Penerangan
PAS Negeri Perak

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2914830598582322&id=117086798356730