Home Tadabbur Al-Quran

Tadabbur Surah Yaasin : Siri 27

164 views
SHARE

๐Ÿ““๐Ÿ““ Tadabbur Surah Yaasinย ๐Ÿ““๐Ÿ““
Siri 27
๐Ÿ’Œ Ayat 80-81: Lagi Bukti Kekuasaan Allah SWT

๐Ÿ–‹ Firman Allah serta terjemahannya:

ุงู„ูŽู‘ุฐููŠ ุฌูŽุนูŽู„ูŽ ู„ูŽูƒูู…ู’ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุดูŽู‘ุฌูŽุฑู ุงู„ุฃูŽุฎู’ุถูŽุฑู ู†ูŽุงุฑุงู‹ ููŽุฅูุฐูŽุง ุฃูŽู†ู’ุชูู…ู’ ู…ูู†ู’ู‡ู ุชููˆู‚ูุฏููˆู†ูŽ – ูจู 
“Iaitu Tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu”

ุฃูŽูˆูŽู„ูŽูŠู’ุณูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠ ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ ุงู„ุณูŽู‘ู…ูŽุงูˆูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถูŽ ุจูู‚ูŽุงุฏูุฑู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุฎู’ู„ูู‚ูŽ ู…ูุซู’ู„ูŽู‡ูู…ู’ ุจูŽู„ูŽู‰ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุงู„ู’ุฎูŽู„ูŽู‘ุงู‚ู ุงู„ู’ุนูŽู„ููŠู…ู -ูจูก
“Dan tidaklah Rabb yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa.”

๐Ÿ“– Tafsir Ringkas:

1. Ayat ini diturunkan sebagai bukti seterusnya untuk kita renungi bagi menegaskan kekuasaanNya dalam penciptaan dan berkuasa mematikan kemudian menghidupkan semula. Allah menghidupkan tumbuhan daripada air sejak awal hingga menjadi pohon yang hijau lagi segar, berbuah dan dapat dituai buahnya. Kemudian Dia mengembalikannya hingga jadilah ia kayu yang kering dan dapat dijadikan sebagai kayu api. Dia Maha berbuat sesuatu terhadap apa yang dikehendaki-Nya, lagi Maha Berkuasa terhadap apa yang diinginkan-Nya, tiada sesuatu pun yang dapat mencegah-Nya.

Menurut pendapat ahli Tafsir pohon yang dimaksudkan ialah pohon _marakh dan ‘ifar_ yang tumbuh di tanah Hijaz. Orang yang tidak mempunyai pemetik api boleh mengambil dua buah tangkai yang masih hijau dari pohon itu, lalu menggesekkan yang satu dengan yang lainnya, maka timbullah api dari keduanya, seperti menyalakan api menggunakan pemetik api. Ia bersandarkan riwayat dari Ibnu Abbas RA di dalam peribahasa (Arab) disebutkan bahawa masing-masing pohon mempunyai apinya sendiri, dan yang paling banyak ialah _marakh_ dan _’ifar_. Orang-orang bijak mengatakan bahawa setiap pohon itu mempunyai api, kecuali pohon anggur.

2. Dari perspektif sains pula pohon yang hijau, mempunyai klorofil dan tempat terjadinya proses fotosintesis yang menghasilkan oksigen sebagai bahan terpenting dalam proses pembakaran. Zat hijau daun (klorofil) berperanan dalam menukarkan cahaya matahari menjadi tenaga kimia melalui proses fotosintesis sehingga menghasilkan tenaga.

Bahkan, istilah Al-Quran, _al-syajar al-akhdhar_ (pohon yang hijau) adalah lebih tepat dari istilah klorofil (hijau daun), kerana zat-zat tersebut bukan hanya terdapat dalam daun sahaja tetapi di semua bahagian pohon, dahan dan ranting yang warnanya hijau. Hasil daripada proses fotosintesis iaitu oksigen (Oยฒ) sangat diperlukan oleh kita dan makhluk Allah yang lain untuk proses respirasi. Sebaliknya, karbon dioksida (COยฒ) yang dibebaskan semasa proses respirasi diperlukan semula oleh tumbuh-tumbuhan untuk proses fotosintesis. _โ€œTuhan menjadikanmu api dari kayu yang hijauโ€_ memberi makna Allah telah menyediakan bahan bakar kepada kita. Contohnya boleh dilihat pada konsep biosolar yang digunakan untuk membuat bahan bakar.

3. Ayat seterusnya mendesak manusia terus berfikir serta merenung tentang persoalan adakah manusia kehilangan akal sehingga tidak dapat memahami bahawa Tuhan yang mampu menciptakan langit dan bumi, dengan bentuknya yang begitu besar, tidak mampu menghidupkan kembali manusia yang begitu kecil dan lemah? Ya, sudah pasti Dia memang mampu melakukannya malah terlalu mudah kerana Dia Maha Pencipta yang ilmu-Nya meliputi segala sesuatu.

๐ŸŽ€ Pengajaran:

1. Jangan sedikitpun melupakan dan meremehkan kekuasaan Allah SWT. Sentiasa ada rasa takut dan gerun di hadapan ayat-ayat-Nya lantas mendorong kita memperkemas kepercayaan dan pergantungan kita pada Allah SWT yang telah menciptakan segalanya, malah langit dan bumi itu lebih besar daripada menciptakan manusia yang lemah. Jika menciptakan langit itu mudah bagi Allah, apatah lagi menciptakan manusia. Tentunya lebih mudah bagi-Nya.

2. Perlunya menghidupkan budaya tadabbur ayat-ayat Tauhid dan kebangkitan semula bagi menguatkan keimanan bahawa kita akan mati dan bertemu dengan tuhan iaitu Allah yang menciptakan segala apa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu, juga Maha Mengetahui bagaimana menciptakan segala sesuatu. Segala ciptaan Allah punya hikmah yang kadang kala tidak dapat difikirkan oleh logik akal atas kelemahan manusia.

3. Masih banyak misteri dalam Al-Quran yang belum diterokai oleh para ilmuwan. Oleh itu, menjadi tugas kita bersama untuk melakukan penyelidikan dan pengkajian khususnya bagi mereka yang menjadi ahli dalam bidang sains dan teknologi. Jadikanlah Al-Quran sebagai sumber inspirasi sekaligus petunjuk kita dalam hidup ini.

๐Ÿ“š Rujukan:
Tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir Surah Yassin TGHH

Disusun oleh:
Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak.
4 Januari 2019_/ _27 Rabiul Akhir 1440