Home Tadabbur Al-Quran

Tadabbur Surah Yaasin Siri 15

147 views
SHARE

๐Ÿ““๐Ÿ““ Tadabbur Surah Yaasin ๐Ÿ““๐Ÿ““
Siri 15

๐Ÿ’Œ Ayat 41-44: Lagi Bukti Kekuasaan Allah; Mempermudahkan Urusan Manusia di Laut dan di Darat.

๐Ÿ–‹ Firman Allah serta terjemahannya:

ูˆูŽุขูŠูŽุฉูŒ ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ุฃูŽู†ู‘ูŽุง ุญูŽู…ูŽู„ู’ู†ูŽุง ุฐูุฑู‘ููŠู‘ูŽุชูŽู‡ูู…ู’ ูููŠ ุงู„ู’ููู„ู’ูƒู ุงู„ู’ู…ูŽุดู’ุญููˆู†ู – ูคูก

Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat.

ูˆูŽุฎูŽู„ูŽู‚ู’ู†ูŽุง ู„ูŽู‡ูู… ู…ู‘ูู† ู…ู‘ูุซู’ู„ูู‡ู ู…ูŽุง ูŠูŽุฑู’ูƒูŽุจููˆู†ูŽ – ูคูข

Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat menunggangnya.

ูˆูŽุฅูู† ู†ู‘ูŽุดูŽุฃู’ ู†ูุบู’ุฑูู‚ู’ู‡ูู…ู’ ููŽู„ูŽุง ุตูŽุฑููŠุฎูŽ ู„ูŽู‡ูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽุง ู‡ูู…ู’ ูŠูู†ู‚ูŽุฐููˆู†ูŽ – ูคูฃ

Dan Kami jika kehendaki, Kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan.

ุฅูู„ู‘ูŽุง ุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู‹ ู…ู‘ูู†ู‘ูŽุง ูˆูŽู…ูŽุชูŽุงุนู‹ุง ุฅูู„ูŽู‰ูฐ ุญููŠู†ู – ูคูค

Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.

๐Ÿ“– Tafsir ringkas:

1. Setelah memaparkan bukti kebesaran dan kekuasaan Allah SWT di alam semesta ini, ayat seterusnya memaparkan pula kekuasaanNya menundukkan lautan untuk manusia. Lautan yang luas dan dalam sifatnya menelan dan menenggelamkan apa sahaja yang masuk ke dalamnya. Tetapi Allah Maha Berkuasa menundukkan lautan sehingga boleh menampung beban kapal dan mengangkut anak cucu Adam ke seluruh pelusuk dunia demi memenuhi keperluan kehidupan manusia.

2. Ada di kalangan ahli tafsir mengatakan yang dimaksudkan dengan ‘menangggung zuriat mereka’, (ุญูŽู…ูŽู„ู’ู†ูŽุง ุฐูุฑูู‘ูŠูŽู‘ุชูŽู‡ูู…ู’) ialah Allah SWT telah mengapung bahtera yang dinaiki oleh Nabi Nuh AS bersama-sama dengan pengikutnya yang beriman, binatang-binatang, barang-barang dan sebagainya dalam bentuk berpasangan.

3. Sebagaimana Allah SWT menundukkan lautan kepada manusia untuk menampung kapal-kapal laut, Dia juga menjadikan untuk manusia kenderaan-kenderaan yang boleh membawa manusia dan muatan di daratan. Ibnu ‘Abbas RA berkata: “yang dimaksudkan โ€˜dengan yang seumpamanyaโ€™ pada ayat (ู…ู† ู…ุซู„ู‡ ู…ุง ูŠุฑูƒุจูˆู†), ialah unta-unta yang menjadi tunggangan kepada penduduk di padang pasir. Namun oleh kerana ayat ini umum ‘…dan Kami jadikan bagi mereka seumpamanya,’ maka seumpama bahtera itu termasuklah kereta, motosikal dan lain-lain.” Allah SWT menjadikannya boleh bergerak dalam keadaan yang sebegitu rupa. Termasuklah kapal terbang yang tidak ada apa-apa pergantungan melainkan pertolongan daripada Allah SWT. Inilah keluasan rahmat Allah SWT kepada umat manusia yang menundukkan segala-gala untuk kemudahan manusia menggunakannya.

4. Jika Allah SWT mahu, Dia boleh sahaja menenggelamkan manusia itu pada bila-bila masa tanpa mereka mampu mendapatkan apa-apa pertolongan atau menyelamatkan diri lagi. Namun dengan rahmatNya Allah SWT memudahkan umat manusia meneruskan perjalanan di darat dan di laut, melindungi dan menyelamatkan hamba-hambaNya bersama kenikmatan duniawi yang lain.

5. Namun, oleh kerana ia sebagai suatu pemberian berbentuk material, ia tidak akan kekal selama-lamanya. Apabila tiba waktunya, ia akan dihancurkan oleh Allah SWT. Justeru itu seluruh manusia harus mengingati bahawa itu semua adalah rahmat sementara waktu daripada Allah SWT untuk makhlukNya.

๐ŸŽ€ Pengajaran:

1. Teruskan berinteraksi dengan alam sebagai sebahagian dari amalan tafakkur yang menjadi ibadah buat orang-orang yang beriman. Hayatilah bukti-bukti kebesaran Allah yang mengizinkan kesemua kenderaan yang terapung di lautan mampu untuk berlayar tanpa tenggelam. Jika dilihat hari ini, kebanyakan aktiviti eksport import hari ini yang melibatkan beribu-ribu tan berat barang adalah melalui jalan laut. Idea-idea penciptaan segala jenis kenderaan ini yang dilihat gah di atas daratan mahu pun dalam lautan adalah dengan bimbingan Allah SWT. Bahkan kenderaan-kenderaan tersebut mampu beroperasi dengan baik, juga adalah atas kehendak-Nya. Seharusnya manusia bersyukur atas nikmat Allah dengan mentaati segala perintah dan menjauhi larangan-Nya.

2. Sentiasalah menyedari bahawa hakikat kehebatan manusia adalah bukti kekuasaan Allah melalui sifat-Nya yang Maha Pemurah dengan mengurniakan manusia akal dan ilmu pengetahuan yang luas sehingga manusia mampu berinovasi dalam pembuatan kendaraan-kendaraan yang dapat terbang di udara, mulai dari helikopter, kapal terbang, hingga roket-roket yang menggerakkan kapal-kapal di ruang angkasa.

3. Sewajarnya kita memperdalami ayat-ayat kauniyyah di dalam al-Quran untuk menghayati cara Allah menundukkan sebahagian alam ini kepada manusia. Dari ilmu alam dan sains kita dapat mengetahui bahawa sesuatu dapat terapung di atas air, jika ianya lebih ringan dari kemampatan air yang dipindahkannya. Inilah sunnatullah yang ditetapkan Allah terhadap air yang diciptakannya. Allah berkuasa mencabut kembali suatu ketentuan yang Allah tetapkan sendiri, bila Dia menghendaki. Jika ketentuan ini suatu ketika dicabut-Nya, maka keadaan akan berubah. Sebagaimana halnya dengan api, yang diberi-Nya ketentuan sifatnya โ€œmembakarโ€, Allah berkuasa untuk suatu ketika mencabut sifat tersebut sehingga ia tidak lagi membakar Nabi Ibrahim A.S suatu masa dulu.

4. Bacalah al-Quran dengan penuh keimanan dan matlamat untuk mendapatkan hidayah Allah. Walaupun ilmu sains adalah fakta dan ilmu yang mengukur dan menyukat serta menentukan sesuatu namun wahyu Allahlah yang paling tepat dan jelas menyedarkan kita bahawa sebaik-baik tempat pergantungan hanyalah kepada Allah dan segala yang berlaku adalah dengan izin dan kehendak-Nya. Peringatan agar manusia jangan merasa sombong dan takabur serta merasa bahawa kecanggihan kenderaan-kenderaan ciptaan mereka berjalan di darat, di laut dan di udara adalah semata-mata kerana kepintaran mereka dan bukan daripada Allah SWT.

5. Sepatutnya kita tidak boleh alpa mensyukuri nikmat berkenderaan sehingga menjadikan kita hamba yang sentiasa bertasbih mensucikan Allah ketika merasakan banyak perkara yang Allah SWT mudahkan untuk kita. Justeru itu jangan lupa agar bertasbih dan berdoa ketika menaiki kenderaan sebagaimana yang Allah sendiri ajarkan dalam Surah Az Zukhruf ayat 13-14:

ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุณูŽุฎู‘ูŽุฑูŽ ู„ูŽู†ูŽุง ู‡ูŽูฐุฐูŽุง ูˆูŽู…ูŽุง ูƒูู†ู‘ูŽุง ู„ูŽู‡ู ู…ูู‚ู’ุฑูู†ููŠู†ูŽ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽู‰ูฐ ุฑูŽุจู‘ูู†ูŽุง ู„ูŽู…ูู†ู‚ูŽู„ูุจููˆู†ูŽ

“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”

6. Allah juga mengingatkan manusia bahawa segala rahmat dan kesenangan yang diberikan di dunia ini terbatas hingga ke suatu masa yang ditetapkan Allah. Menginsafi kehidupan dunia yang sementara ini, wajarlah kita sentiasa bersyukur dan menentukan keutamaan kita dalam berbuat kebaikan mengikut kapasiti yang kita ada.

๐Ÿ“š Rujukan:
Tafsir At-Tibyan

Disusun oleh:
Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak.
12 Oktober 2018 / 3 Safar 1440