Home Tadabbur Al-Quran

Tadabbur Al Quran (Surah Al-Mulk: Siri 1)

975
SHARE

๐Ÿ““๐Ÿ““ Tadabbur Al Quran ๐Ÿ““๐Ÿ““
Surah Al-Mulk: Siri 1

Ayat: 1: Kekuasaan Mutlak dalam Kerajaan Allah

๐Ÿ–‹ Firman Allah serta terjemahannya:

ุชูŽุจูŽูฐุฑูŽูƒูŽ ูฑู„ู‘ูŽุฐูู‰ ุจููŠูŽุฏูู‡ู ูฑู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽู‰ู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Allah yang menguasai (segala) kerajaan (dunia dan akhirat). Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

๐Ÿ“– Tafsir ringkas

1. Ayat pertama surah Al Mulk ini dimulai dengan lafaz ‘tabaraka’ (daripada perkataan ‘baraka’) yang disandarkan kepada Allah. Ia bermaksud membesarkan dan meninggikan zat Allah mengatasi selainNya. Dialah Tuhan Yang Maha Berkat di mana keberkatan atau kebaikan-Nya sangat banyak, semakin bertambah sehingga melimpah ruah dan juga berkekalan.

2. Ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT memiliki segala keberkatan dan kebaikan kerana Dialah yang memegang dan menguasai seluruh kerajaan dan pemerintahan di langit dan bumi, dari dunia hingga akhirat. Allah adalah raja, penguasa dan pemerintah yang mengatur, mengurus, memakmurkan dan menjaga kelangsungan alam ini. Seluruh kerajaan dan pemerintahan itu adalah hak eksklusif Allah SWT sahaja dan tiada siapa yang memilikinya selain Allah.

3. Penghujung ayat ini menjelaskan kesempurnaan kuasa Allah di mana Dia bukan hanya memegang pemerintahan alam ini tetapi Dia juga Maha Menentukan segala sesuatu. Allahlah yang menjadikan semua makhluk dan menetapkan hukum dan peraturan untuk mereka mengikut kehendakNya.

๐ŸŽ€ Pengajaran

1. Mohonlah keberkatan daripada Allah SWT sahaja, bukannya meminta berkat daripada manusia atau makhluk yang lain kerana hanya Allah sahaja yang berkuasa memberikan keberkatan dan kebaikan kepada makhluk-Nya.

Secara umumnya, Islam mengharuskan amalan tabarruk (mengambil keberkatan) dengan peninggalan Nabi Muhammad SAW samada anggota jasad baginda atau barang peninggalan yang disentuh oleh jasad baginda, dengan syarat meyakini bahawasanya keberkatan itu semuanya datang daripada Allah SWT dan bukan daripada barang tersebut.ย Oleh itu, janganlah keterlaluan (ghuluw) sehingga menjadikan tabarruk sebagai upacara ibadah yang diberikan keutamaan. Pelajari dan perbetulkan kefahaman kita tentang amalan tabarruk yang betul berdasarkan dalil-dalil yang sahih.

2. Berikanlah ketaatan yang sepenuhnya kepada Allah kerana Dialah satu-satunya Raja dan Pemerintah Yang Paling Berkuasa yang berhak ditaati tanpa berbelah bagi. Seseorang pemerintah atau pemimpin di dunia hanya berkuasa apabila beliau dinaikkan oleh pengikutnya serta terhad pada masa dan tempat tertentu. Sedangkan Allah tiada siapa yang menaikkan dan tiada had masa serta melangkaui alam ini. Maka marilah kita meletakkan ketaatan sepenuhnya kepada segala suruhan Allah mengatasi suruhan atau perintah pemerintah dunia.

3. Sebagai hamba yang mengaku beriman dan taat kepada Allah, wajiblah kita mematuhi segala hukum, undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Oleh itu, adalah menjadi suatu kewajipan juga untuk kita memilih pemimpin atau kerajaan yang meletakkan hukum dan undang-undang Allah di tempat yang tertinggi supaya tiadalah peraturan yang digubalnya bertentangan dengan hukum dan perintah Allah.

4. Amalkan juga zikir agung yang menzahirkan kemutlakan kuasa Allah SWT, antaranya zikir:

ู„ุง ุฅู„ู‡ูŽ ุฅู„ุงูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ ูˆุญู’ุฏู‡ู ู„ุงูŽ ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ู‡ูุŒ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู…ูู„ู’ูƒูุŒ ูˆู„ูŽู‡ู ุงู„ุญู…ู’ุฏูุŒ ูˆูŽู‡ููˆ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ูู‘ ุดูŽูŠุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ.

Ucapkan zikir ini paling kurang 10 kali setiap hari. Mudah-mudahan dengan melaziminya, ia akan menjadiย perisai yang teguh untuk melindungi aqidah tauhid yang tersemat di dada kita, dalam mengharungi perjalanan hidup yang penuh pancaroba dan kekeliruan terutamanya serangan halus pemikiran dan ideologi ciptaan manusia yang cuba melonggarkan pegangan manusia daripada keimanan kepada Allah SWT tanpa kita sedari.

๐Ÿ“š Rujukan:
1. Hamka, Tafsir Al-Azhar
2. Al-Alusi, Ruh Al-Ma’ani
3. Sayyid Qutb, Tafsir Fi Zilal Al Quran

Disusun oleh:
Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak.
6 Disember 2019 / 9 Rabi’ul Akhir 1441