Home Berita PAS Selangor

Muslimat PAS Pandan sampaikan kit bantuan – DMPK Pandan

9
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Pandan | Dewan Muslimat PAS Kawasan Pandan telah menyampaikan beberapa kit sumbangan bantuan prihatin Covid-19. Sumbangan telah disampaikan oleh beberapa Muslimat PAS daripada cawangan-cawangan di kawasan Pandan. Antara cawangan-cawangan tersebut adalah Pandan Perdana, Pandan Jaya, Taman Cheras Indah dan Taman Bukit Teratai.

Sumbangan kit bantuan prihatin Covid-19 yang telah diberikan membekalkan 2 jenis barangan sumbangan iaitu makanan kering seperti beras, gula dan lain-lain dan juga barangan makanan basah yang mengandungi ayam, ikan dan sayur. Semoga pemberian yang sedikit ini dapat membantu mereka yang terkesan oleh pandemik ini dan memperoleh keberkatan daripada Allah SWT.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor