Home Rencana PAS Perak

Tabayyun | Dr.Najihatussalehah Ahmad

401
SHARE
TABAYYUN
.
Pembangunan dunia di era ni, memudahkan manusia berkomunikasi secara alam maya. Hubungan antara manusia semakin erat walaupun telah lama tidak bersua, namun kemudahan demi kemudahan ini menyebabkan fitnah semakin mudah tersebar.
.
Apa saja yang dilayari, dibaca mudah sahaja disebar tanpa usul periksa dan penilaian.
.
Imam al-Syaukani berkata, “Yang dimaksud dengan tabayyun adalah memeriksa dengan teliti dan yang dimaksud dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sebuah peristiwa dan kabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya.”
.
Ibn Kathir pula berkata: Allah perintahkan supaya kita thabitkan dahulu perkhabaran orang fasiq sebagai ihtiyat.
.
Ini kerana supaya seseorang tidak berhukum dengan ucapannya menyebabkan dalam keadaan begitu boleh membawa kepada dusta atau tersilap.
.
Jadi, bertabayyunlah apabila menerima sesuatu berita dan menyampaikan sesuatu berita kepada orang lain.
.