Home Berita PAS Pahang

Sumbangan barangan basah untuk perkampungan orang asli di Chenor

114
SHARE

Oleh: RAMLI AWANG

CHENOR, 12 Ogos :: Seramai 94 keluarga di Perkampungan Orang Asli Paya Besar, Chenor telah mendapat sumbangan barangan basah seperti ayam dan sayuran.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Chenor, YB Ustaz Mujibur Rahman Ishak.

94 keluarga di perkampungan tersebut  telah terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula 9/8/21 dan dijangka tamat pada 22/8/21.

PKPD dilaksanakan berikutan terdapat 40 orang penduduk di situ yang telah disahkan positif Covid-19.

Perkampungan Orang Asli Paya Besar merupakan kawasan kedua dalam DUN Chenor yang terlibat dengan PKPD selepas Felda Jengka 7.

Batin Ongchong yang menanti kehadiran YB Ustaz Mujib dan beberapa orang Ahli Jawatan Kuasa melahirkan kegembiraan dan ucapan terima kasih di atas bantuan tersebut.

Dalam masa yang sama Ustaz Mujib turut menyampaikan sumbangan air minuman dan roti untuk petugas-petugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Perkampungan Orang Asli Paya Besar dan Kertau.

Ustaz Mujib mengucapkan terima kasih kepada wakil Pejabat Penghulu Chenor (Seberang), Balai Polis Chenor, RELA, APM dan semua yang terlibat membantu.