Home Kenyataan Media PAS Kedah

Syabas Jabatan Amal Negeri Kedah

622
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS
NEGERI KEDAH
06 Februari 2020

OPERASI KEBAKARAN PELUPUSAN SAMPAH : SYABAS JABATAN AMAL NEGERI KEDAH

  1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucapkan sekalung tahniah buat Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah yang terlibat secara langsung membantu anggota Bomba dan penyelamat dalam operasi memadam dan mengawal kebakaran di tapak pelupusan sampah di Tapak pelupusan sampah di Jitra.
  2. Operasi di lokasi tersebut berjalan lancar dan dapat memberi sedikit sokongan tenaga kepada anggota Bomba dan penyelamat yang bertungkus lumus dalam operasi ini yang terbaru melibatkan tapak pelupusan sampah di Kedah iaitu di Kamunting, Jitra, terbakar dan usaha pemadaman telah dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dengan dibantu Jabatan Amal Negeri Kedah.
  3. Kebakaran itu menjadikan kes kedua membabitkan tapak pelupusan sampah di negeri Kedah. Anggota bomba daripada tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Zon 1 bersama Jabatan Amal Negeri Kedah mengambil masa hampir 18 jam untuk memadam kebakaran membabitkan keluasan lebih satu hektar di tapak pelupusan sampah di Kamunting.
  4. Melihat kesungguhan operasi dari anggota Jabatan Amal Kedah membuktikan bahawa Jabatan Amal sangat komited dalam gerak kerja misi bantuan dan menyelamat walaupun tidak berelaun tetapi apa yang ada pada mereka adalah beramal kerana Allah dengan membantu sesiapa sahaja, Jabatan Amal juga membuktikan kepada seluruh masyarakat bahawa gerak kerja mereka sangat cekap dan efisyen, semoga Allah membalas jasa baik kalian semua dan syabas untuk anda semua.

” Demi Islam”

” Beramal Kerana Allah “

YANG BENAR

USTAZ NURUL AMIN HAMID
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah