Home Berita PAS Selangor

Syabab Care santuni keluarga non muslim sempena Maulidur Rasul – Naib KP PAS Selangor

12
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 20 Oktober – Syabab Care Malaysia bersama Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Gombak telah turun menyerahkan sumbangan barangan dapur kepada 2 buah keluarga non muslim di sekitar Gombak.

“Sedih dengar cerita mereka, ramai yang terpaksa bergelut denga kesusahan sepanjang PKP ini”, kata Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar juga penggerak utama Team Syabab Care Malaysia.

“Islam mengajar kita untuk membantu manusia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan”, katanya.

“Inilah contoh dan tauladan yang ditunjukkan kepada Rasulullah SAW kepada kita selaku ummatnya”, katanya lagi.

Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga ini di musim pandemik COVID-19. Ayuh teruskan menyumbang bersama kami. Terima kasih kepada yang telah menyumbang.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor