Home Rencana PAS Selangor

Pemimpin adil: susah cari senang jumpa – TPJ 1 PAS Selangor

15
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "21:42 TERKINI ENGLISH MALAYSIA VIDEO DUNIA Ummah rindu kepimpinan yang tidak zalim, menindas, menipu dan munafik Sultan Nazrin Astro Awani Oktober 8, 2021 21:15 MYT Sultan Nazrin turut menzahirkan kebimbangan berkenaan isu rasuah yang bukan sahaja berlaku secara berleluasa, tetapi juga dilakukan secara lebih berani dan terbuka. Foto BERNAMA f"

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Shafie Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor

Menjunjung kasih atas titah ucapan Tuanku Raja Nazrin semalam. Benar, betapa kami patik-patik rakyat jelata ini mengimpikan punya pemimpin yang adil, amanah dan tidak zalim. Kami dambakan mendapat pemimpin yang yakin bahawa kerja buat yang dilakukan di alam ini akan dipertanggungjawabkan di Akhirat nanti.

Atas kertas, untuk punya pemimpin negara di tanah air tercinta ini ada dua cara, pertama melalui istana dan kedua melalui pilihanraya.

Melalui istana maksudnya ialah Raja-raja Melayu. Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu akan menentukan salah seorang daripada mereka ditabalkan sebagai Yang DiPertuan Agong (YDPA). YDPA akan mengepalai negara, menjadi payung kepada rakyat jelata dan menjadi pemelihara keamanan negara.

Istimewanya negara kita dalam perkara kepala negara ini ialah kedudukan, pertabalan dan kuasa-kuasa YDPA ditulis secara jelas di dalam perlembagaan negara. Justeru, adilnya YDPA adalah apabila YDPA memainkan peranan menurut perlembagaan negara.

Cara kedua ialah melalui pilihanraya. Pilihanraya akan menentukan seseorang Ahli Parlimen yang terpilih melalui pilihanraya menjadi ketua dalam urusan pentadbiran negara, yang kita kenali sebagai Perdana Menteri (PM). PM akan dibantu oleh Meneri-menteri yang dipilihnya.

Di atas kedua-dua pemegang kuasa di ataslah tertumpu kalimah adil tersebut. Di atas kedua-dua pemegang kuasa itu jugalah tertumpu kalimah zalim, iaitu lawan bagi adil.

Istimewanya pemegang-pemegang kuasa tersebut ialah Allah memberi peluang kepada mereka menjadi kumpulan yang mendapat lindungan Allah di Hari Mahsyar, iaitu hari yang sangat menakutkan, pedih, panas, sakit, hiruk-pikuk, kelam kabut dan penuh sengsara. Bukan setakat mendapat lindungan Allah, malah merupakan senarai pertama mendapat lindungan Allah.

Demikian disebut oleh Rasulullah SAW;

“Tujuh golongan yang akan mendapat lindungan Allah, pada hari yang tidak ada sebarang lindungan melainkan lindungan Allah sahaja, iaitu pemimpin yang adil, anak-anak muda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua sahabat yang bermahabbah kerana Allah – bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah, lelaki yang apabila digoda oleh perempuan yang cantik lagi kaya – dia mengawal diri dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, lelaki yang memberi sedeqah secara rahsia sehingga tangan kirinya tidak sedar apa yang disedeqahkan oleh tangan kanannya, dan lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan seiapa pun tak tahu, bercucuran air matanya.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim dan al-Bukhari, daripada Abu Hurairah r.a.)

Menjadi pemimpin yang adil, sama ada melalui pintu istana mahupun pintu pilihanraya, adalah kesukaan semua. Kesukaan rakyat jelata, juga kesukaan Yang Maha Esa.

Itu yang kita cari. Namun bak kata orang tua-tua; “susah cari senang jumpa.”

Maksudnya, untuk mendapatkan kisah dan cerita tentang pemimpin yang adil memang senang. Kita akan jumpa di dalam lipatan sejarah lama. Di sini dan di sana. Namun nak kita cari pada masa ini, susah. Dia ada, tapi susah nak cari.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor