Home Berita PAS Selangor

NGO-NGO di Klang dan Kota Raja dapat penghargaan PKD Klang – PAS Kawasan Klang

48
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

PELABUHAN KLANG, 20 Oktober – Jabatan Kesihatan Daerah Klang menghargai gerak kerja para NGO dan tajaan sarapan pagi dan makan tengah hari buat para petugas di barisan hadapan yang bertugas di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Pelabuhan Klang selama dua bulan (Ogos dan September).

Antara NGO di Klang yang terlibat ialah Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Khidmat Malaysia – Klang, Bakewanis, Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Jabatan Amal Klang dan AN NAS Rehab Centre. Manakala NGO di Kota Raja yang terlibat ialah Pertubuhan Kebajikan Parlimen Kota Raja (KRC), Pusat Khidmat Rakyat PAS Kota Raja dan Surau Al Ikhwan Taman Setia Klang.

Surat penghargaan telah disampaikan oleh Dr.Salbiah, Komandan CAC Pelabuhan Klang yang mewakili Pegawai Kesihatan Daerah Klang kepada NGO-NGO di Klang dan Kota Raja ini dalam satu majlis ringkas yang diadakan di hadapan pusat penilaian Covid tersebut.

Menurut saudara Izam Awalludin (Pengerusi KASEH), “kami sangat terharu dengan penghargaan yang diberikan, walaupun hanya sekeping surat namun ianya sangat bermakna buat kami dan kami rasa bersyukur kerana usaha dan gerak kerja yang kami lakukan ini telah dihargai”.

Majlis ringkas ini selesai sekitar 11.30 pagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor