Home Berita PAS Selangor

Syabab Care santuni abang bomba menjelang Hari Malaysia – Naib KP PAS Selangor

5
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 14 September – Syabab Care Malaysia petang tadi telah turun menyantuni para frontliners di Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan dengan sumbangan makanan dan minuman seperti roti dan susu kambing.

“Mereka saban hari berkorban jiwa, raga, masa dan lain-lain lagi demi kemaslahatan rakyat bagi memberi keselesaan hidup kepada kita”, kata Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar juga selaku penggerak utama Team Syabab Care Malaysia.

Sempena Hari Malaysia yang bakal menjelang tidak lama lagi, “bagi menghargai jasa mereka”, “Team Syabab Care telah menghulurkan sedikit buah tangan bagi menyenangi hati mereka dengan perkara yang mengembirakan seperti sumbangan makan minum”, katanya.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang menginfaqkan harta masing-masing melalui Syabab Care Malaysia. “Kami telah sampaikan amanah anda untuk disampaikan kepada para frontliners”, katanya. “Ayuh terus istiqamah menyumbang bersama kami”, katanya lagi.

“Anda sumbang, kami sampaikan”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor