Home Berita PAS Selangor

Komputer riba hadiah PASTI buat Sekretariat Pemuda Hulu Selangor – DPPK Hulu Selangor

9
SHARE

May be an image of 2 people and text that says "f Pemuda PAS Hulu Selangor PEMUDA DEWAN PAS HULU SELANGOR SliNss acer"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Muhammad Alauddin

HULU SELANGOR, 14 September – Setiausaha Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor Saudara Muizzuddeen bin Mahyuddin telah menerima hadiah laptop Acer Travel Mate P2 daripada pengerusi PASTI Hulu Selangor Saudara Mohd Zulwafi bin Bahaudin.

Sempat setiausaha Pemuda PAS Hulu Selangor merakamkan ucapan terima kasihnya.

“Alhamdulillah kami sekretariat Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor ucapkan ribuan terima kasih kepada PASTI Hulu Selangor di atas sumbang laptop yang pada saya sangat tepat ketika ini dihadiahkan atas faktor penggunaan saya terhadap peranti ini amatlah kerap.

Memang setiap hari akan menggunakannya. Beberapa hari lalu laptop yang sedia ada telah ‘hang’ ketika hendak buat pembentangan secara atas talian.

Semoga dengan sumbangan laptop baru ni memudahkan lagi banyak kerja-kerja yang sedia terpundak di bahu ini”, setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor