Home Berita PAS Wilayah

Warga Tionghua terima bantuan YB Kak Nuri

12
SHARE

Muhamad Abdul Fateh

WANGSA MAJU, 14 September: PAS Kawasan Wangsa Maju dengan kerjasama NGO Pertubuhan Sukarelawan Amal Wangsa Maju (PESUWA) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 30 buah keluarga di Taman Desa Setapak.

Majlis penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Puan Hajah Nuridah Binti Mohd Salleh (YB Kak Nuri).

YB Kak Nuri ketika menyampaikan sumbangan berkenaan mohon agar penduduk Taman Desa Setapak bersatu hati melawan pandemik.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah memperkenalkan pelbagai pakej rangsangan yang bermanfaat kepada rakyat.

“Kita harapkan agar penduduk Taman Desa Setapak dapat memberi mandat kepada PAS dan Perikatan Nasional dalam PRU-15 kelak”ujarnya.

Turut hadir memberi sumbangan YDP PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, TYDP PAS Wangsa Maju, Haji Azhar Omar , Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abdul Hadi Ghazali, wakil Dewan Muslimat PAS Wangsa Maju, wakil NGO PESUWA.