Home Berita PAS Selangor

Syabab Care sampaikan sumbangan ke MAEPS – Naib Ketua Pemuda DPPN Selangor

8
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Syabab Care bersama Sekretariat Tabung Bencana Covid, Khidmat Malaysia dan Gabungan NGO-NGO telah sampaikan sumbangan ke MAEPS Serdang.

Ust Muhammad Fadzli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang juga merupakan penggerak utama Syabab Care menyatakan bahawa sumbangan kali ini adalah kali ke-3, Syabab Care dapat ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid (PKRC) berisiko rendah MAEPS, Serdang.

Syabab Care bersama Sekretariat Tabung Bencana Covid PAS Pusat, Khidmat Malaysia Selangor dan beberapa NGO dibawah Taskforce Bencana Khidmat Malaysia Selangor seperti berikut:

1. Pertubuhan Sahabat Sihat Selangor
2. Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
3. Syabab Care Malaysia
4. Sukarelawan Pantas Malaysia
5. KWIK
6. Kota Raja Care
7. Yayasan Amal Malaysia Selangor
8. Rescue Ummah Malaysia

Barang- barang yang disampaikan pada kali ini adalah seperti lampin dewasa, lampin kanak-kanak, susu kanak-kanak, minuman 3 dalam 1, makanan kering, biskut, roti dan stok pelitup muka bernilai lebih RM15,000.00.

Menurut beliau, tumpuan Syabab Care ketika PKP 3.0 ini adalah berusaha membantu seramai mungkin frontliner KKM dan para pesakit Covid-19. Sumbangan yang disampaikan adalah hasil sokongan para penyumbang yang tidak henti-henti menyumbang melalui Syabab Care untuk mereka sampaikan kepada sasaran.

Delegasi penyerahan sumbangan tersebut telah diketuai oleh Dr. Rosni Adam, Pengerusi Tabung Bencana Covid PAS Pusat dan Ustaz Noor Najhan Salleh, Pengerusi Khidmat Malaysia Selangor.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor