Home Berita PAS Selangor

PAS Subang : Sumbangan ‘food basket’ ringankan beban – PAS Kawasan Subang

6
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Subang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Subang | Langkah kerajaan dalam memerangi pandemik Covid-19 sejak Mac 2020 dan terkini operasi “Total Lockdown” telah menimbulkan kesan yang mendalam kepada masyarakat dalam segenap segi- terutamanya pendapatan keluarga disebabkan penutupan banyak sektor ekonomi.

Justeru itu, PAS Selangor telah melancarkan kutipan derma bagi Program Food Basket, Tabung Asnaf dan Murobbitun PAS bagi mengurangkan beban sara hidup sebahagian ahli, penyokong dan Murobbitun PAS.

Hasil daripada kutipan dan sumbangan ini, melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, PAS Kawasan Subang telah menyalurkan sumbangan kepada beberapa buah keluarga terpilih yang terkesan akibat PKP yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.

Semoga dengan sumbangan melalui Program Food Basket ini, dapat memberi sedikit sinar kepada penerima demi meneruskan kelangsungan hidup sepanjang PKP ini yang masih berlangsung di seluruh negara.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor