Home Berita PAS Selangor

Majlis sambutan hari guru PASTI Kuala Langat – PASTI Kawasan Kuala Langat

12
SHARE

“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kuala Langat | PASTI Kawasan Kuala Langat telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI peringkat Kawasan Kuala Langat dengan norma baharu iaitu secara atas talian. Majlis Sambutan Hari Guru bertemakan “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

PASTI Kuala Langat mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada perasmi program Majlis Sambutan Hari Guru iaitu Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor merangkap YDP PAS Kawasan Kuala Langat, Wakil ALP PASTI Negeri Selangor, Ustaz Khairul Azwar Ab Razak, Timbalan Pengarah PASTI Negeri Selangor dan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kuala Langat, Ustaz Muhammad Hanif

Tahniah kepada para penerima anugerah sempena Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Kuala Langat Norma Baharu 2021. Berikut adalah senarai Penerima dan Pemenang bagi setiap kategori:

1. Guru Cemerlang – Mualimah Suriya Binti Supardi (PASTI Hidayah Kebun Baharu)
2. Guru Khidmat Setia – Mualimah Sakilah Binti Kusnan (PASTI Nurul Syahadah)
3. PASTI Terbaik – PASTI Hidayah Kebun Baharu
4. Video PDPR Kreatif & Menarik – Mualimah Norfadhilah Binti Sarman (PASTI Darul Muttaqin)
5. Buku Ringkasan Terbaik – Mualimah Norfadhilah Binti Sarman (PASTI Darul Muttaqin), Mualimah Hafizah Bt Sadirman (PASTI Hidayah Kebun Baharu), Mualimah Fatin Suraya Binti Mohd Fauzi (PASTI Hidayah Kebun Baharu) & Mualiamah Azizah Bt Abd Hamid (PASTI An Najwa)

Semoga menjadi pemangkin semangat untuk terus berbakti untuk mendidik anak-anak PASTI

Mudah-mudahan dengan adanya majlis sebegini dapat mengikat tali ukhwah sesama kita dengan lebih erat lagi dalam norma baharu. Semoga mualimah-mualimah PASTI Kawasan Kuala Langat terus berusaha dengan kuat dalam mengekalkan kecemerlangan mendidik anak PASTI. PASTI Kuala Langat memohon maaf di atas segala kekurangan dan kecacatan sepanjang majlis berlangsung.

“Terima kasih Mualimah”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor