Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Klang | “Jumlah pesakit Covid 19 ke hospital ini saban hari makin meningkat, tong oksigen makin berkurangan”, ini antara luahan doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah bila Team Syabab Care datang bertanya khabar.
Saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia menyatakan bahawa, Syabab Care Malaysia bersama dengan Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) dan beberapa lagi NGO telah ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Penyampaian sumbangan tersebut turut dihadiri YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Ust Noor Najhan Salleh, Pengerusi KMNS. Rombongan sumbangan mereka telah disambut baik oleh Pengarah Hospital, Dr. Zulkarnain dan beberapa orang doktor serta staff hospital yang bertugas.
Antara sumbangan yang disampaikan kepada pihak hospital adalah seperti medical oxygen concentrator sebanyak 12 unit yang telah disumbangkan oleh Yayasan Amal dan PAPISMA yang bernilai RM 4,600 satu unit. Manakala NGO Syabab Care, KWIK, SP-M dan Jabatan Amal Negeri Selangor pula telah menyumbang beberapa peralatan hospital, roti dan air mineral.
Ayuh bersama Syabab Care Malaysia. Kita bantu para frontliners yang telah berkorban jiwa dan raga mereka bagi memastikan keselamatan kita dalam memerangi wabak Covid-19 ini.
“Anda sumbang, Kami sampaikan”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor