Home Berita PAS Selangor

Syabab Care Malaysia serah sumbangan kepada penjaja tepi jalan – Naib KP PAS Selangor

4
SHARE

May be an image of 2 people, people standing, tree and outdoors

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Kelumpuhan ekonomi yang dihadapi negara turut dirasai malah lebih teruk oleh para peniaga kecil-kecilan atau penjaja jalanan. Mereka yang berniaga ditepi jalan perlu mengharungi pelbagai cabaran, kadang-kadang panas terik yang amat dan kadang-kadang hujan lebat yang boleh meruntuhkan khemah mereka. Tetapi apakan daya, mereka perlu berada disitu seharian menunggu pelanggan. Kalau bernasib baik ramai yang datang dan kalau sebaliknya, mereka akan pulang kerumah dengan kerugian.

Saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia menyatakan bahawa, Team Syabab Care Malaysia telah sampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga peniaga pisang goreng tepi jalan di sekitar Batu Caves. Team Syabab Care borong semua pisang goreng dan kuih muih lain yang mereka jual.

“Di musim PKP ini, agak sukar bagi peniaga tepi jalan untuk dapat jualan yang baik. Bersimpati dengan apa yang berlaku, kami segera membantu sediakan barangan keperluan harian dan serahkan kepada beliau. Alhamdulillah, ada rezeki untuk mereka sekeluarga hari ini”, ujar beliau.

Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga ini di musim pandemik Covid-19. “Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor