Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : Sumbangan kit bantuan makanan kepada 4 keluarga – JAMK Ampang

15
SHARE

May be an image of 3 people and people standing

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Aktiviti Jabatan Amal Malaysian Kawasan Ampang (JAMKA) diteruskan lagi pada hari ini dengan menyampaikan kit bantuan makanan asas kepada 4 buah keluarga lagi di sekitar kawasan Ampang yang menjadikan jumlah penerima setakat di hujung bulan Jun ini sebanyak 69 buah keluarga.

Seperti biasa kit bantuan daripada mereka yang berharga RM50.00 setiap satu yang mempunyai 14 ke17 jenis barang makanan antara barang utama adalah beras, tepung, minyak masak, gula, serbuk kunyit, bihun, sardin, mi segera, kicap, biskut, garam, teh dan kopi. Termasuk juga pampers serta susu bagi yang mempunyai anak kecil (bergantung kepada lebihan dana sumbangan).

Penerima pertama adalah dua adik beradik lelaki OKU yang belum berkahwin berumur lingkungan 40-an yang tinggal bersama di Kg Lembah Jaya. Duduk di rumah pusaka milik ibu dan ayah mereka yang telah lama meninggal dunia. Mengambil upah dengan membaiki barang elektrik telah menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima kedua sepasang suami isteri menyewa sebuah rumah (RM550.00 sebulan) di Kampung Cheras Baru bersama dua anak yang masih kecil. Si suami yang tidak ada perkerjaan setelah diberhentikan akibat dari pandemik Covid-19 ini. Menerima 1 kit bantuan makanan, 1 pek susu dan 1 pek pampers.

Penerima ketiga seorang pemuda berusia lingkungan 30 tahun yang tinggal seorang diri di rumah PRRT Kg Lembah Jaya milik keluarga beliau. Satu-satunya saudara yang beliau miliki iaitu abang beliau telah meninggal dunia tahun lepas. Beliau yang berkerja sebagai penjaga stor menerima 1 kit bantuan makanan.

Penerima keempat si ayah yang meniaga secara kecil-kecilan telah terjejas pendapatan semenjak pandemik Covid-19 ini bermula dan si isteri suri rumah sepenuh masa menjaga anak OKU. Mereka menyewa di Kg Lembah Jaya Selatan telah menerima 1 kit bantuan makanan.

Terima kasih kepada penyumbang yang telah membantu mereka yang memerlukan ini. Bagi yang ingin membantu mereka yang memerlukan bolehlah berbuat demikian di akaun berikut:-

No Akaun : 8604427663
Nama : JAM AMPANG VENTURES
Bank : CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor