Home Berita PAS Selangor

PAS Tanjong Karang sampaikan bantuan makanan asas – PAS Kawasan Tanjong Karang

10
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Tanjong Karang | Kehabisan bekalan makanan di rumah memang realiti yang berlaku di masa sukar pandemik Covid-19 yang melanda negara kita sekarang. Oleh itu, yang ada kelebihan bantu yang kekurangan, yang berkemampuan bantu yang kurang berkemampuan agar kita semua dapat sama-sama harungi musim wabak ini dengan baik.

PAS Kawasan Tanjong Karang telah menyampaikan sedikit pek bantuan makanan asas kepada beberapa keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Mereka mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Amal Tanjong Karang yang membantu mengesan keluarga yang berada dalam keadaan memerlukan.

Menurut mereka, kesan pandemik Covid-19 kepada masyarakat dalam meneruskan kehidupan bukan retorik atau mainan. Ramai daripada kalangan sahabat dan jiran tetangga kita yang begitu terkesan dengan kekurangan pendapatan mahupun dibuang kerja.

PAS Kawasan Tanjong Karang mengajak agar kita semua sentiasa cakna tentang kebajikan dan segala yang berlaku kepada jiran tetangga kita. Sebaiknya sebelum naiknya bendera putih sekali pun kita sudah maklum akan keadaan jiran kita.
InshaAllah dengan membantu antara satu sama lain sesamaa jiran tetangga, keberkatan persaudaraan itu akan membawa lebih manfaat.

Hubungi Pusat Khidmat PAS sekiranya ada yang memerlukan bantuan atau terlihat jiran tetangga yang dalam kesusahan di talian : 012 4867303

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor