Home Berita PAS Selangor

Penyampaian bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan – PAS Kawasan Ampang

15
SHARE

Pemberian Kerusi Roda Dan Bakul Makanan Kepada Mereka Yang Dalam Kesusahan – Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Ampang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Terlampau besar ujian, kesulitan atau kekangan yang kita semua hadapi pada masa pandemik Covid-19 ini. Namun, tidak terbayang apa yang dihadapi oleh insan diluar sana yang lebih memerlukan. Kita sekurang-kurangnya ada bekalan makanan, tidak pon ada sumber pendapatan yang cukup untuk menyara isi rumah. Perkara sangat berbeza untuk mereka yang memerlukan diluar sana.

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, PAS kawasan Ampang melaksanakan pemberian kerusi roda dan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan. Penerima bakul makanan, adalah antara mereka yang telah diberhentikan kerja, separuh gaji dipotong atau lebih, peniaga pasar malam yang tidak dapat berniaga dan pekerja bergaji hari yang hilang punca pendapatan.

Semoga sumbangan bakul makanan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka. PAS kawasan Ampang juga menyatakan, “jika di sekitar kejiranan anda, terdapat mereka yang sedang berada dalam kesulitan, habis bekalan makanan, sila hubungi Pusat Khidmat PAS Ampang di talian 03-42934371 atau WhatsApp 019-2482998”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor