Home Berita PAS Selangor

Syabab Care bersama DHPP Wilayah memberi bantuan – Naib Ketua Pemuda PAS Selangor

7
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Negara Bangsa Malaysia terbentuk hasil perpaduan pelbagai kaum. Oleh itu, nilai kebersamaan tidak mengira bangsa haruslah diterap semasa waktu senang mahupun semasa waktu susah. Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita juga bukanlah memilih bangsa, kaum atau agama untuk diserang. Kita juga, tidak seharusnya memilih siapa yang hendak ditolong dan sebaliknya membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

Menurut Saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia, bahawa Syabab Care telah berkesempatan untuk bersama dengan DHPP Wilayah di bawah Mr Tuck Wah Kong menyampaikan sumbangan makanan dapur kepada seorang penerima daripada masyarakat Cina di Jinjang.

“Kami bantu tidak kira bangsa dan keturunan asalkan mereka susah serta perlukan bantuan, InsyaAllah kami akan sampaikan. Islam mengajar kita untuk buat baik dengan semua orang, lebih-lebih lagi mereka yang susah. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan ‘Uncle’.

Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan mereka ini di musim pandemik Covid-19. “Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor