Home Rencana PAS Selangor

Kilang : Haram atau halal, PBT tidak ada kuasa? – Exco DPPN Selangor

98
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Zurk Ahmad
Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

1. Beberapa hari lepas saya menulis berkaitan status kilang haram yang didedahkan sendiri oleh exco berkaitan pada penghujung tahun lepas. Apakah status kilang ini sekarang? Apakah sudah ada tindakan? Apakah mungkin ia juga menyumbang kepada peningkatan kes tanpa kita sedar?

2. Berbalik kepada kilang “halal” pula. MB Selangor dalam satu kenyataan berkaitan isu kilang pada 9 Julai 2021 mohon Kerajaan Pusat tutup kilang di Selangor. Ia membawa maksud kerajaan negeri tak boleh buat apa-apa selagi kerajaan pusat tidak ambil tindakan. Betul ke?

3. Netizen riuh, marah kerajaan pusat. Di dorong juga oleh beberapa figure politik yang bersama kerajaan tetapi tidak menyokong kerajaan yang terus memainkan sentimen dan persepsi tidak bertepi.

4. TPM yang baru dilantik dilihat lebih agresif dalam memerangi isu kilang ini. Nampak macam kerajaan negeri lembik sangat kerana sukar menggunakan peruntukan undang-undang yang ada untuk mengambil tindakan.

5. Hari ini dilaporkan DYMM Sultan Selangor bertitah menzahirkan rasa dukacita apabila melihat data dan statistik penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan di Selangor.

6. Terbaru, hangat di Twitter Rafizi dilihat “berperang” dengan geng DAP apabila beliau mohon untuk “disekolahkan” Amirudin berkaitan bidang kuasa PBT dalam isu tutup kilang.

Menelusuri titik-titik informasi di atas, fahamlah kita bahawa kesepakatan dan koordinasi bersepadu sangatlah diperlukan dalam memerangi pandemik yang semakin menggila ini.

Usah menuding jari, gunakanlah kuasa yang ada. Usah perlekeh kemampuan rakyat mencari info sahih.

Tolonglah, rakyat Selangor mahukan kerajaan negeri yang cakna berganding dengan Kerajaan Pusat yang prihatin untuk membela nasib mereka.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor