Home Berita PAS Selangor

DHPP serah sumbangan bantuan ‘food basket’ kepada yang terjejas – DHPP Selangor

9
SHARE

May be an image of 2 people and people standing

PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Klang | Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) turut aktif melakukan gerak kerja-kerja kebajikan semasa musim pandemik Covid-19 ketika ini. Wanita DHPP Negeri Selangor telah menyampaikan bantuan sumbangan berbentuk “food basket” kepada keluarga kaum India yang terjejas di kawasan Klang.

Ketua Wanita DHPP Selangor, saudari Neroshna Subramaniam telah turun padang bersama ahli jawatankuasa yang lain bagi mengedar sumbangan tersebut. Usaha kebajikan ini telah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat India setempat.

Misi penting, dalam usaha semua pihak bagi berganding bahu membantu mereka yang terjejas semasa penularan wabak Covid-19 yang semakin mengganas, haruslah disambut baik tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor