Home Berita PAS Kedah

Sungai Petani tidak seharusnya meremehkan usaha Sada dan Kerajaan Negeri!

598
SHARE

 

YB Padang Terap menegur tindakan YB Sungai Petani yang meremehkan usaha SADA dan kerajaan negeri Kedah mengatasi isu air dalam ucapan perbahasannya apabila menyatakan seolah-olah tiada tindakan sewajarnya telah diambil oleh pihak SADA dan kerajaan negeri.

“Janganlah Sungai Petani meremehkan usaha yang dibuat oleh SADA dan Kerajaan Negeri dalam isu bekalan air semata-mata Sungai Petani merupakan wakil tunggal PH di Kedah.”

YB Padang Terap mengingatkan agar YB Sungai Petani menjaga nama baik Kedah jika kawasan beliau betul-betul anak Kedah.

Menjawab kenyataan tidak berasas tersebut, YB Padang Terap menyambung perbahasan dengan menjelaskan punca berlakunya masalah bekalan air di Kedah disebabkan oleh keuzuran paip bawah tanah yang berusia terlalu lama dan masalah loji rawatan air (LRA) memerlukan naik taraf simpanan kapasiti air.

Ketika era pemerintahan Pakatan Harapan, perubahan dasar yang dibuat telah menangguhkan pelan menaik taraf LRA. Tetapi, hal ini telah ditangani dengan efektif semenjak Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan bawah pemerintahan YAB MB Kedah Dato Seri Hj Sanusi.

Pada September 2022, sebanyak RM930 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf lima buah Loji Rawatan Air (LRA) yang akan meningkatkan jumlah kapasiti pengeluaran bekalan air terawat sebanyak 378MLD.

Kemudian, anggaran RM73 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri menerusi SADA bagi kerja-kerja penggantian paip lama dan usang di kawasan panas melalui Program NRW Nasional Pendekatan 1-Negeri Kedah dan Program NRW Nasional Pendekatan 1-Langkawi.

Terbaru, dalam majlis amanat tahun baharu 2023, Ketua Pegawai Eksekutif SADA menggesa semua anggota SADA untuk menggandakan usaha dalam membekalkan air terawat kepada pengguna sejajar dengan pertumbuhan drastik sektor pelaburan dan projek pembangunan perumahan di Kedah.