Home Rencana PAS Selangor

Sunat berpuasa dan perbanyakkan doa pada hari Arafah – DMPK Ampang

5
SHARE

May be an image of 1 person, headscarf and text that says "Depon PAS/Ampang limat SUNAT BERPUASA DAN PERBANYAKKAN DOA PADA HARI ARAFAH "Puasa hari Arafah aku berharap kepada Allah supaya a dapat mengha menghapuskan dosa-dosa setahur sebelumnya dan juga tahun sesudahnya Sunan al-Tirmizi, no.680 Hadis Hasan. Dewan Muslimat PAS Ampang"

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Muslimat PAS Kawasan Ampang

Sudah pastinya, pada tahun ini Umat Islam di Malaysia berasa amat sedih kerana sekali lagi tidak dapat panggilan menunaikan haji di tanah suci Mekah akibat pandemik COVID-19.

Inilah antara ujian Allah yang besar buat Umat Islam. Ramai antara kita sudah merindui Mekah dan Madinah.

Namun begitu, kita masih boleh melakukan amalan-amalan lain yang dituntut oleh syara’.

Antara amalan yang boleh dilakukan ialah berpuasa sunat Hari Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 19 Julai 2021.

Antara kelebihan puasa sunat ini adalah merujuk kepada dalil Hadis daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

“Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.” (Sunan al-Tirmizi, no.680, Hadis Hasan).

Para ulama’ memberikan pandangan bahawa yang dimaksudkan dengan dihapuskan dosa-dosa setahun sesudahnya itu bermaksud diberikan taufik kepada seseorang itu dengan melakukan amalan-amalan soleh dan banyak bertaubat.

Kelebihan puasa sunat Arafah antara lain adalah berpandukan dalil yang diriwayatkan daripada salah seorang isteri Nabi S.A.W:

أَﻥّ اﻟﻨَّﺒِﻲ ﺻَﻠّﻰ اﻟﻠﻪُ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻛَﺎﻥَ ﻻ ﻳَﺪَﻉٌ ﺻِﻴَﺎﻡَ ﺗﺴﻊِ ﺫِﻱ اﻟﺤِﺠّﺔِ

“Bahawa Nabi S.A.W tidak meninggalkan puasa 9 Zulhijjah.”
(Sunan Abu Daud, no.2438)

Selain itu, kita juga dituntut perbanyakkan doa sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr tentang kelebihan berdoa di hari Arafah; bahawa Nabi S.A.W bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

‏Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [2]
Riwayat al-Tirmidhi (3585)

Oleh itu, marilah kita berdoa untuk kesejahteraan negara kita dan umat Islam. Semoga diterima semua amalan kita.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor