Home Berita PAS Selangor

Kisah Puan Mey – PAS Kawasan Petaling Jaya

12
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Petaling Jaya

Oleh : Umar Al-Hayawi

Petaling Jaya | Seorang insan dipanggil Puan Mey (nama timangan) yang berasal dari Perak tapi telah berpindah tinggal di Kelana Jaya,Petaling Jaya. Beliau merupakan seorang ibu dengan seorang anak kecil berusia 1 tahun 4 bulan, menghadapi kesulitan hidup semasa PKP ni berikutan suaminya sekarang ditahan oleh pihak berkuasa sejak bulan Oktober 2020. Beliau telah diminta keluar daripada bilik sewanya dan perlu mendapatkan bilik sewa lain dengan segera.

Menurut laporan, beliau telah memohon bantuan melalui hotline Khidmat Malaysia Kawasan Petaling Jaya (KMKPJ) untuk mendapatkan bantuan makanan, susu serta pampers anaknya pada 08/07/21. Alhamdulillah, bantuan telah diserahkan oleh team KMKPJ pada hari berikutnya.

Atas keperihatinan Ketua Cawangan PAS Kelana Jaya, Haji Awang Bakar Ghazali dan isteri Puan Salbiah Amran juga dibantu oleh PAS Cawangan SS5D dan PAS Cawangan Kelana Jaya B telah mendapatkan derma kilat daripada ahli-ahli PAS Cawangan untuk membantu Puan Mey mendapatkan sebuah bilik sewa, yang merangkumi bayaran deposit dan bayaran sewa bulan pertama.

Menurut laporan, bilik sewa yang baru untuk Puan Mey dan anaknya berteduh telah didapatkan di SS9 Sungai Way, Petaling Jaya. Semua urusan perpindahan telah diuruskan dan juga sedikit duit poket untuk perbelanjaan Puan Mey dan anaknya. Pihak KMKPJ juga telah memberi sumbangan bantuan susu dan pampers untuk keperluan anak Puan Mey.

Jazakumullahu khairan jaza diucapkan kepada semua yang membantu termasuk, Khidmat Malaysia Kawasan Petaling Jaya, PAS Cawangan Kelana Jaya, PAS Cawangan SS5 D dan PAS Cawangan Kelana Jaya B dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Puan Mey. Semoga Puan Mey terus tabah menghadapi hari seterusnya.

Ramai lagi mereka diluar sana memerlukan bantuan dan perhatian daripada kita semua. Dalam rezeki kita ada juga hak orang lain.

Kepada yang ingin memberi sumbangan kepada Khidmat Malaysia Kawasan Petaling Jaya untuk dikongsikan bersama mereka yang memerlukan boleh dibuat ke akaun berikut:-

Akaun : Ikatan Kesatuan Wanita Daerah Petaling IKWAN
No. Akaun : 564182402855
Bank : Maybank Islamic

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor