Pas Kawasan Bakri menyampaikan rasa simpati kepada mangsa kebakaran buat tuan rumah En. Shafie. Kejadian berlaku pada 29 Julai 2017 di Kampong Jeram Masjid, Bakri.
Kebakaran turut memusnahkan buku-buku sekolah anak-anak beliau yang akan menduduki peperiksaan PT3. Pas Kawasan Bakri juga menyampaikan sumbangan segera bagi meringankan beban oleh YDP Pas Kawasan Ust. Kamalulnizam.
Pas Kawasan Bakri bersama lujnah kebajikan dan Unit Amal turun membantu kerja-kerja pembersihan. Atas keperihatinan, Pas Kawasan melancarkan tabung bencana untuk En. Shafie. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun seperti tertera dibawah.