Home Berita PAS Selangor

Sumbangan untuk frontliners Hospital Shah Alam – PAS Kawasan Kota Raja

15
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA, 28 Julai – KRCAMALSELANGOR meneruskan usaha kebajikan mereka melalui penghantaran sumbangan pada kali ini ke Hospital Shah Alam sebagai tanggungjawab sosial menyokong perjuangan Frontliners HSA dan Hospital KKM yang lain.

1. KRCAMAL SELANGOR menyumbangkan 400 keping topeng muka N95. Topeng muka enam lapis ini dicipta untuk kegunaan frontliners terutama ketika berhadapan dengan situasi jangkitan wabak Covid-19 yang sedang mengganas.

2. Sumbangan 200 pek kuih muih program CSR KRCFOOD PROGRAMME. Program ini adalah kali ke-2 dilaksanakan. Program KRCFOODPROGRAMME dicipta bertujuan meningkatkan pengeluaran produk makanan serta membantu memperkasa ekonomi asnaf KRCAMALSELANGOR.

Projek ini sedang melalui fasa pengukuhan jenama dan kualiti sebelum memasuki pasaran terbuka bermula Ogos ini.

Perjuangan KRCAMALSELANGOR dalam menyokong para frontliners negara akan diteruskan tanpa henti sehinggalah keadaan kembali stabil. Ayuh bersama mereka menyokong dan membantu perjuangan frontliners negara.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor