Home Berita PAS Terengganu

Kerap jatuh, YB hadiahkan motosikal baharu untuk Pok Su Man

17
SHARE

Oleh:Husaif Mamat
KUALA TERENGGANU, 29 Julai – Simpati dengan nasib menimpa seorang warga emas yang sering terjatuh ketika menunggang motosikal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepadanya.

Wan Sukairi menerusi satu kenyataan ringkas dalam laman Facebook semalam berkata, beliau terharu mendengar kisah Pak Su Man, 83, yang selalu solat fardu berjemaah di masjid walaupun menghadapi kesulitan.

“Pak Su Man, seorang bilal di Masjid Tok Ku Paloh sejak 20 tahun yang lalu sehingga sekarang. Solat lima waktu sehari secara berjemaah tak pernah tinggal.

“Pak Su Man maklum pada saya yang dia sering jatuh bila bawa motor, mungkin kerana faktor usia dan kudrat yang tidak sekuat mana. Apabila saya dengar permintaan Pak Su Man yang perlukan motor roda dua, saya terus tak kata apa selain bersetuju untuk segera belikan motor tersebut buatnya,” katanya.

Menurut Wan Sukairi, semalam motosikal baharu beroda dua telah diserahkan kepada Pak Su Man untuk digunakan dalam aktiviti harian.

“Terkejut Pak Su Man tadi (semalam) dapat hadiah motor baharu. Tak berhenti mengukir senyuman di bibir. Alhamdulillah, Pak Su Man suka hadiah motor ini.

“Nilaian motor ini pasti tidak setanding dengan jasa beliau dalam perkembangan syiar agama Islam. Semoga dengan adanya motor baharu ini akan memudahkan lagi urusan Pak Su Man untuk ulang alik ke masjid,” tambah beliau.