Home Berita PAS Selangor

Sumbangan set makanan tengahari menyantuni bukan warganegara – Naib KP PAS Selangor

8
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

BATU CAVES, 1 Ogos – Syabab Care Malaysia diwakili Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar menyatakan bahawa, Syabab Care Malaysia dengan kerjasama Tok Khalid menyampaikan sumbangan set makanan tengahari kepada warga asing yang tinggal di sekitar Batu Caves. Ramai dikalangan mereka tidak dapat keluar bekerja akibat PKP.

Bersimpati dengan apa yang berlaku, Team Syabab Care segera membantu sediakan makanan tengahari. “Alhamdulillah, ada rezeki untuk mereka, dapat kami serahkan sumbangan barang-barang keperluan harian kepada mereka”, sambung beliau lagi.

Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga-keluarga ini di musim pandemik Covid-19. “Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor