Home Berita PAS Selangor

Kegembiraan dari bakul makanan – PAS Kawasan Sungai Besar

21
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Uwais Al-Qarni

SUNGAI BESAR, 1 Ogos – Alhamdulillah hujan yang turun malam semalam, petanda rezeki yang hadir buat 2 buah keluarga ini. Team Khidmat Malaysia Sungai Besar hari ini hadir menyampaikan Bakul Makanan Prihatin kepada 2 buah keluarga yang memerlukan di Sungai Besar.

Mempunyai tanggungan yang ramai dalam rumah agak sedikit menjejaskan mereka sekeluarga khususnya dalam fasa pandemik COVID-19 ini. Pekerjaan dan punca rezeki juga sedikit terjejas di fasa ini.

Terpancar kegembiraan dan keriangan di wajah mereka apabila team kami menyampaikan bakul makanan ini dan ucapan terima kasih yang tidak putus dituturkan di bibir mereka. Masih ada insan yang prihatin dalam menyalurkan maklumat kepada team kami.

Kepada sahabat-sahabat di luar sana, teruskan cakna akan kebajikan dan keselamatan jiran, keluarga dan masyarakat kita. Salurkan maklumat kepada kami, supaya kami dapat sampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor