Home Rencana PAS Selangor

Kepentingan kuasa melebihi kepentingan keselamatan rakyat – TKP PAS Negeri Selangor

16
SHARE

May be an image of 3 people and people standing

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Mohamed Sukri Omar
Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor

Jangan sesekali cuba mendekati ahli parlimen pembangkang. Keseronokan mereka berhimpun tanpa SOP malah mengajak rakyat berhimpun akan menyebabkan kes bertambah naik. Mereka TIDAK MEMPEDULIKAN NYAWA RAKYAT yang telah terkorban dan hanya memilih untuk merebut kuasa.

Di dalam sidang parlimen sebelum ini pembangkang hanya sibuk melaung dan menjerit daripada menyuarakan isu rakyat.

Sedarkah 4 sampel swab test di Parlimen adalah dipercayai Covid-19 Varian Delta? Mereka masih seronok juga hendak berhimpun. Mereka yang kematian keluarga terdekat sangat merasai bahawa Covid-19 sangat berbahaya. Pembangkang berhentilah menimbulkan kekacauan dan menjadi punca kes Covid-19 meningkat naik.

2 Ogos 2021 | 23 Zulhijjah 1442H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor