Home Berita PAS Sarawak

SUMBANGAN RUMAH PANJANG DI BEKELIT,SIBUTI

1295
SHARE

Sibuti, 9 Disember 2017- Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (LPN DMPNS) telah menyampaikan kutipan sumbangan kepada wakil 2 rumah panjang yang terlibat dalam kebakaran di Bekelit, Sibuti baru-baru ini.

Kebakaran yang berlaku pada 26 Oktober lalu telah memusnahkan lebih 50 pintu rumah panjang dan mengakibatkan mangsa tinggal sehelai sepinggang.

“Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak telah melancarkan tabung bencana untuk mengumpul dana bagi meringankan beban mangsa.

Sumbangan dalam bentuk wang tunai serta susu kanak-kanak telah berjaya dikumpulkan seterusnya diserahkan kepada wakil tuai rumah,” ujar Puan Rohaya Ketua LPN DMPNS didalam sesi ziarah susulan pada hari Sabtu lepas.

Mengikut tinjauan yang dilakukan, mangsa masih lagi tinggal di pondok-pondok sementara yang dibina di sekitar tapak kebakaran.

Mereka masih lagi memerlukan bantuan dana untuk pembelian kayu serta atap bagi membina rumah sementara yang lebih selesa sebelum rumah panjang yang baru dibina semula.

Kepada individu yang ingin membantu meringankan beban mangsa, sumbangan boleh disalurkan melalui TABUNG UNTUKMU SARAWAK 5611 1805 4521 (Maybank).