Home Berita PAS Selangor

Sumbangan prihatin COVID-19 untuk golongan B40 – PAS Kawasan Gombak

8
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | PAS DUN Sungai Tua dengan kerjasama NGO Syabab Care Malaysia telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian khusus buat penduduk Pangsapuri Kenanga Taman Gombak Permai dan Pangsapuri Permai sempena Sambutan Eidul Adha yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Menurut laporan seramai 100 buah keluarga daripada Pangsapuri Kenanga dan 50 keluarga daripada Pangsapuri Permai telah menerima sumbangan tersebut. Sumbangan berbentuk pek makanan yang mengandungi barangan asas dan barangan basah dapur seperti ayam mentah, sayur, beras, minyak masak, gula, tepung gandum, sardin, susu pekat, teh, kopi, biskut lutut.

No photo description available.Turut sama dalam agihan sumbangan ini ialah Ustaz Taufik Yusof (Presiden Syabab Care), Saudara Damanhuri Dol (Pengarah JPrD Sungai Tua) serta para petugas yang membantu melancarkan proses agihan daripada awal persiapan sehinggalah sumbangan diserahkan kepada para penerima.

Mudah-mudahan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban di kalangan keluarga B40 sepanjang tempoh PKP 3.0 akibat pandemik yang melanda negara kita dan juga semoga Allah SWT mengangkat semula wabak penyakit di negara kita Malaysia, InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor