Home Berita PAS Selangor

Sumbangan kebajikan diambang Aidiladha – PAS Kawasan Hulu Langat

104
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Umar Al-Hayawi
Hulu Langat | Lagi satu hari umat Islam seluruh dunia akan sambut Hari Raya Aidiladha. Sedih rasa hati bila tahun ini kerajaan tetapkan tiada jemaah haji yang dapat menunaikan rukun Islam ke lima disebabkan pandemik Covid-19. Walaupun apa yang berlaku kita perlu sabar dan redha dengan ketentuan ini.

PAS Cawangan Bandar Bukit Mahkota dengan kerjasama NGO teruskan misi kebajikan sempena ambang Aidiladha. Pada kali ini seramai 50 penerima sumbangan Bakul Makanan Covid-19 yang berjaya dihantar dengan patuhi SOP Fasa 1 PPN.

PAS Kawasan Hulu Langat mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan budiman yang tak putus memberi sumbangan kepada Tabung Bantuan Covid-19 ini. Semoga Allah merahmati usaha ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor