“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi
Kota Raja | Kini wabak Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita semakin menekan ekonomi negara bahkan memberi kesan kepada masyarakat. Aktiviti kerjaya banyak yang tergendala. Mengharapkan agar kes Covid-19 semakin pulih. Ianya juga turut mengancam kesihatan sebahagian rakyat Malaysia tidak kira kaum, bangsa dan agama.
YDP PAS Kawasan Kota Raja Tuan Haji Muhammad Diah dan Ketua DHPP Kota Raja Cikgu Rajan Manikesavan mengatur program mengunjungi serta melihat sendiri keadaan masyarakat India.
Cikgu Rajan yang juga Naib Ketua DHPP Selangor ketika dihubungi memaklumkan bahawa kehadiran beliau disambut oleh penduduk dengan begitu mesra dan berbual mengenai keadaan semasa masyarakat setempat. Beliau turut sempat menyampaikan sumbangan PKP 3.0 bagi mewakili PAS Kawasan Kota Raja.
Dalam kunjungan tersebut, sedikit sumbangan berupa barangan harian dapur telah disampaikan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh penduduk setempat.
DHPP Kota Raja turut mengingatkan agar penduduk sentiasa mematuhi SOP dan mendaftar untuk mendapatkan vaksin.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor