Home Berita PAS Selangor

Lawatan YB Datuk Seri Rina ke Gerobok Amal PAS Sepang – PAS Kawasan Sepang

36
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sepang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sepang | PAS Cawangan Desa Vista dibawah Parlimen Sepang bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Desa Vista telah mengambil inisiatif mengusahakan Gerobok Amal PAS Desa Vista Sepang. Gerobok Amal PAS itu juga turut dihadiri dan dilawati oleh YB Datuk Seri Rina Harun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

YB Datuk Seri Rina sempat menyampaikan sumbangan untuk Gerobok Amal PAS Desa Vista tersebut kepada masyarakat setempat yang terkesan akibat Covid-19 dan PKP serta sebagai tanda sokongan YB Menteri di atas usaha murni ini yang digerakkan oleh PAS Cawangan di Kawasan Sepang ini.

Gerobok Amal ini adalah sebuah inisiatif bagi membantu golongan yang sangat memerlukan di kala terhimpit dengan keperluan terutama dikalangan penduduk Desa Vista. Tahniah PAS Cawangan Desa Vista diatas inisiatif ini. PAS Parlimen Sepang dan PAS -PAS cawangan akan terus berbakti untuk masyarakat, InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor