Home Berita PAS Kedah

Sumbangan Makanan di Klinik Kesihatan Ruat

201
SHARE

Oleh NORJULIANA YAACOB

YAN, 15 Ogos : Seramai 25 kakitangan Klinik Kesihatan (KK) Ruat menerima sumbangan makanan dalam program ‘Sumbangan Makanan Buat Frontliner’ hari ini. Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit berkata sumbangan ini diberikan kepada petugas barisan hadapan yang banyak menabur bakti.

“Tuntutan tugas yang perlu digalas membuatkan mereka terpaksa memberanikan diri menempuh rutin yang sentiasa terdedah kepada bahaya penularan wabak covid,” katanya.

Katanya, sumbangan ini adalah tanda ingatan kepada mereka yang banyak bekorban. “Ada dalam kalangan mereka dibekukan cuti kerana perlu bertugas dan keadaan ini sangat menyentuh hati kita semua. “Diharapkan dengan sedikit sumbangan ini membuatkan mereka gembira atas ingatan yang ditunjukkan,” katanya.