Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Bangi
Oleh : Umar Al-Hayawi
Bangi | PAS Cawangan Taman Jasmin dibawah Parlimen Bangi mengambil pendekatan berbeza daripada kebanyakan cawangan lain dengan menyumbang makanan basah yang bukan sahaja memenuhi keperluan semasa pada waktu edaran bahkan yang sedia untuk dimasak.
Mereka memilih masa menjelang tengahari untuk membuat edaran dengan harapan makanan basah yang disumbangkan itu terus menjadi bahan untuk masakan keluarga tengahari berkenaan.
Rabu lalu menyaksikan amilin cawangan ini mengedarkan sumbangan tersebut kepada 11 buah keluarga di Taman Bukit Kenangan dan Taman Jasmin. Ayam, ikan, sayur dan buah-buahan adalah antara makanan basah yang diedarkan dan adalah sumbangan dari cawangan ini sendiri.
Menurut mereka, kerja mengagih sumbangan ini menyaksikan seorang Muslimat yang baru sahaja mendaftar untuk menjadi ahli PAS terus berada di baris hadapan menemui masyarakat. Tahniah diucapkan buat PAS Cawangan Taman Jasmin.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor