Home Berita PAS Selangor

Program agihan barangan asasi – PAS Kawasan Sungai Buloh

16
SHARE

PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Buloh | Ramai di kalangan kita masih menyesuaikan diri dengan cara bekerja dan menjalani kehidupan baru di ambang Covid-19. Sambil kita berjuang menangani pandemik ini, terdapat banyak komuniti di Malaysia yang masih memerlukan bantuan, sumbangan dan pertolongan sukarelawan.

Menurut kenyataan pada hantaran media sosial PAS Kawasan Sungai Buloh, Task Force PAS Kawasan telah bergerak ke Kg Kubu Gajah untuk menyalurkan bekalan makanan asas kepada penduduk yang memerlukan disana. YDP Kawasan Sungai Buloh bersama Pengerusi LKK Sungai Buloh turut hadir ke sana untuk agihan sumbangan tersebut.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para sukarelawan dan mereka yang hadir. Semoga berkat pahala mengalir buat mereka yang menginfaq sedeqah rezeki menjadi amal jariah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor