Home Berita PAS Selangor

Sumbangan bantuan khas buat warga PASTI Hulu Selangor – DMPN Hulu Selangor

141
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Selangor | Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Selangor mengambil pendekatan bersepadu bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar warga Pasti Hulu Selangor yang terdiri daripada guru-guru, ibu bapa mahupun jawatankuasa pengurusan PASTI.

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Selangor telah mengedarkan beberapa bahan keperluan asas dan sedikit wang tunai kepada warga PASTI sekitar Bukit Beruntung yang terjejas.

Pn. Salamiah Jamaluddin selaku Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPHS menyatakan bahawa mereka dalam usaha untuk menyalurkan bantuan kepada beberapa kawasan lain di sekitar Hulu Selangor.

Semoga dengan usaha yang sekecil-kecil ini dapat memberi manfaat kepada mereka dan juga semoga bantuan ini dapat diperluaskan untuk membantu lebih ramai warga PASTI di seluruh kawasan Hulu Selangor.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor