Home Berita PAS Terengganu

Cikgu Lan Mahu Selesaikan Isu Rumah Generasi Kedua Felda Tenggaroh

205
SHARE

MERSING – Calon Perikatan Nasional (PN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh, Roslan Nik Mat meletakkan penyelesaian isu perumahan Generasi Kedua Felda Tenggaroh sebagai keutamaan jika diberi peluang menjadi wakil rakyat di sana.

Roslan atau Cikgu Lan berkata, isu itu sebenarnya sudah berlarutan lama tanpa ada penyelesaian konkrit daripada pihak berwajib.

Justeru itu, beliau akan melaksanakan satu perancangan khusus terhadap isu yang membelenggu generasi felda itu.

“Kita akan buat sesuatu sehingga pihak pengurusan felda dapat menyelesaikan isu yang menjadi beban kepada rakyat hingga hari ini.

“Isu ini telah lama kami diperjuangkan namun tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak kerajaan dan Felda,” katanya ketika ditemui media selepas menunaikan solat maghrib berjemaah dan menyantuni jemaah di Surau Felda tenggaroh 5 di sini hari ini.

Ketika ditanya tentang keyakinan mereka untuk menyelesaikan isu berkenaan, cikgu Lan berkata, pihaknya yakin kerana pengalaman dan kejayaan yang telah ditonjolkan PN semasa mentadbir kerajaan.

“Insya-Allah, andai kata kita diberi kepercayaan oleh rakyat sama ada menjadi wakil di sini atau membentuk kerajaan, saya yakin kita boleh selesaikan isu ini.

“Lebih-lebih lagi pengalaman yang ada pada bekas Perdana Menteri dan menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ini boleh kita selesaikan,” tambah beliau.

Untuk rekod, menyelamatkan projek perumahan terbengkalai generasi baharu felda yang berpotensi untuk dibaik pulih dengan segera merupakan salah satu ikrar atau manifesto PN sempena PRN Johor.

Di DUN terbabit, Cikgu Lan bakal berdepan penyandang daripada BN, Raven Kumar, yang juga Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, dua lagi calon daripada Pejuang dan PH.