Home Berita PAS Selangor

Satu ribu kampit beras untuk rakyat Selangor – Pengarah JAMN Selangor

9
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Shah Alam | Pihak Khidmat Malaysia Negeri Selangor mengucapkan terima kasih kepada Saketariat Tabung Bencana Covid 19 PAS Pusat di atas sumbangan 1 Ribu kampit beras buat Khidmat Malaysia Negeri Selangor untuk disampaikan kepada rakyat yang memerlukan melalui Khidmat Malaysia Kawasan-kawasan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Noor Najhan Salleh dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Tuan Roslan SMS sendiri hadir menerima kehadiran 1 Ribu kampit beras tersebut di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Shah Alam pagi tadi.

Satu Majlis kecil penyerahan kampit beras tersebut kepada wakil-wakil kawasan talah disempurnakan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi pada sebelah petang.
Ketika ini rakyat selangor ramai yang menerima kesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD yang dilaksanakan kerajaan bagi mengengkang jangkitan virus Covid-19, dan sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab sudah pasti usaha membantu rakyat yang memerlukan makanan menjadi keutamaan buat seluruh jentera PAS ketika ini.

Hasrat Dato Ahmad Yunus agar “Beras sumbangan yang diserahkan kepada PAS Kawasan ini dapat sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan bantuan makanan” dan keperluan barang dapur seperti gula, tepung dan lain-lain juga akan diberikan melalui Tabung Bantuan Covid-19 di setiap Kawasan Parlimen.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor