Home Berita PAS Selangor

Sumbangan kepada frontliners Hospital Orang Asli Gombak – Naib KP PAS Selangor

7
SHARE

Syabab Care Malaysia Hantar Sumbangan Kepada Frontliners Hospital Orang Asli Gombak – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | “Kami tak tunggu bendera putih baru gerak”, itulah yang dikatakan Saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia menjawab mengenai gerakan bendera putih yang tular di media baru-baru ini, bertujuan mengacau bilaukan kerajaan.

Beliau ketika dihubungi, menyatakan Syabab Care Malaysia dengan kerjasama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) menyantuni barisan hadapan dengan sumbangan Prihatin Covid-19 kepada Hospital Orang Asli, Gombak.

Turut sama hadir menerima penyerahan sumbangan adalah Dr Emi mewakili Pengarah Hospital Orang Asli Gombak dan Pn Rohani, Ketua Unit Pentadbiran Hospital Orang Asli Gombak.

Sumbangan ke Hospital Orang Asli Gombak kali ini merupakan barangan seperti facemask N95 sebanyak 400 unit, penimbang digital sebanyak 2 unit, biskut sebanyak 6 karton, air kotak sebanyak 4 karton dan roti bun sebanyak 150 unit.

InsyaAllah, Syabab Care Malaysia akan meneruskan lagi usaha membantu para frontliners di hospital-hospital seluruh Selangor dengan pelbagai bentuk sumbangan yang mereka perlukan. “Kami ingin mengajak anda semua bersama kami membantu para frontliners”, akhir kata beliau.

Hulurkan sumbangan anda ke akaun :

Bank        : MAYBANK ISLAMIC
Akaun      : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Ref          : SumbanganFrontliners

Atau anda boleh klik :

Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor