Home Berita PAS Selangor

Laporan aktiviti kebajikan harian KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

13
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | Dengan tagline,”tak perlu angkat bendera putih, angkat telefon hubungi kami”. PAS Kawasan Kota Raja melalui NGO KRCAMALSELANGOR istiqamah dalam bergiat membantu mereka yang memerlukan khususnya disekitar kawasan Kota Raja.

Berikut merupakan beberapa aktiviti kebajikan harian seperti biasa oleh KRCAMALSELANGOR :

1.Seawal pagi, relawan Amal KRCAMALSELANGOR, Sdr Abdul Halim Wong menguruskan seorang Asnaf untuk ke program vaksinasi bertempat di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang.
Asnaf warga emas ini telah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera di nombor telefon hotline KRCAMALSELANGOR.

May be an image of 1 person and food

2. Program penyerahan sumbangan bantuan yang berpusat di Pusat Operasi Bantuan Kompleks KRCAMALSELANGOR berjalan seperti biasa. Pemohon-pemohon telah menghubungi terlebih dahulu Pusat Operasi yang dikendalikan oleh Pengarah Operasi, Ustaz Jasni Musanip dan maklumat tambahan, pusat ini dibuka seawal jam 9pagi – 5petang setiap hari.

3. Buat Pertama Kali KRCAMALSELANGOR menampilkan foto Ketua Relawan DapurAmalKRC, Sdr Aidil Asyraff. Aktiviti harian beliau memasak untuk penyediaan 100 pek makanan sejak Mac 2020 sehingga kini yang beroperasi di bahagian belakang rumah sewa beliau di Lorong Bani.

Anak muda yang istiqomah tetapi pemalu ini telah memasak puluhan ribu pek makanan sejak program ini mula diperkenalkan dan juga telah memanfaatkan penduduk-penduduk di bawah Parlimen Kota Raja, Klang, Kapar, PJS, dan Damansara. Malah makanan hasil air tangan beliau juga telah diedarkan untuk Frontliners Hospital Tengku Ampuan Rahmah, Hospital Shah Alam, juga mangsa-mangsa banjir di Johor dan Pahang.

May be an image of 1 person, standing and outdoors

4. Pelatih Khidmat Masyarakat KRCAMALSELANGOR Cik Auni Tajul kembali ke dapur untuk membantu menyiapkan pembungkusan 100 pek makanan siap bermasak yang dimasak relawan DapurAmal, Sdr Aidil Asyraff.

Seterusnya cik Auni telah melakukan edaran makanan ini untuk Asnaf serta pengunjung gerai Asnaf KRCAMALSELANGOR di Jalan Kebun. Walaupun tempoh Latihan beliau telah berakhir, namun keputusan beliau untuk terus membantu KRCAMALSELANGOR dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan sentiasa dialu-alukan.

May be an image of 3 people

5. Team Penghantaran KRCAMALSELANGOR pula bergerak menghantar sumbangan bantuan makanan asas kepada seorang Asnaf dengan 5 orang anak yang terputus bekalan makanan di Pangsapuri Bandar Parkland.

InsyaAllah, KRCAMALSELANGOR sedang menguruskan 3 Dari 5 anak beliau untuk dihantar ke rumah jagaan. Tujuan utama adalah untuk memastikan anak-anak ini mendapat peluang pembelajaran yang lebih sempurna disamping membantu mengurangkan kos kehidupan keluarga ini.

6. Relawan Amal KRCAMALSELANGOR, Pn Rosmah Ahmad turut menyampaikan sumbangan kepada 3 keluarga Asnaf Yang Memerlukan Sumbangan Barang Keperluan Asas Di Zon Andalas.

Hubungi pihak kami untuk mendapatkan info sumbangan dan Operasi Pusat Operasi Bantuan Kompleks KRCAMALSELANGOR dengan menghubungi Talian tertera :

Talian Khidmat Masyarakat, WhatsApp ke :
019 3077005 (Ust Jasni) atau 011 5309 2056 (Ust Yusof)

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor