Home Berita PAS Selangor

Khidmat PAS Kuala Selangor kepada rakyat tempatan – DMPK Kuala Selangor

4
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kuala Selangor | Dalam medan masa sukar melawan fenomena pandemik Covid-19 yang melumpuhkan segala perkara di negara kita Malaysia, lebih-lebih lagi mereka yang kurang bernasib baik dan serba kekurangan. Oleh itu, sebagai sahabat sewarganegara kita harus sentiasa cakna dengan kebajikan dan kemaslahatan mereka yang memerlukan ini.

Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor menyatakan bahawa, angkat bendera putih atau tidak, petugas-petugas PAS Kawasan Kuala Selangor akan terus berkhidmat kepada warga Kuala Selangor dalam tempoh masa yang sukar ini. Semoga dengan izin Allah SWT, samada yang membantu atau yang dibantu sama-sama harungi wabak ini dengan jayanya.

Sebuah peringatan daripada PAS Kawasan Kuala Selangor kepada mereka yang memerlukan bantaun, boleh hubungi mereka segera.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor